JOHAN MENANG KES SAMAN KE ATAS JUARA FILM PRODUCTION SDN. BHD.
Johan Raja Lawak berjaya memenangi saman RM1 juta ke atas Juara Film Production Sdn. Bhd. dan pengarah, Mohd. Javed Mohd. Nizar. Keputusan itu telah diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam. Johan memenangi saman tersebut akibat kecederaan di dahi yang dialaminya selepas dibaling gelas kaca.
Kejadian ini telah berlaku pada tahun 2010. Pada Jun 2010 lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran. Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam di sini pada Selasa bagaimanapun menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini.
Dalam pada itu mahkamah turut mengarahkan defendan untuk mengeluarkan kenyataan maaf terhadap plaintif secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik.
Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Mohd Javed dalam tuntutan berkenaan turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan e-mel yang diedarkan kepada persatuan-persatuan seni dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut.
Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.
0 comments:
Post a Comment