Friday, 3 January 2014

NURUL WAHAB MENGUMUMKAN NAMA ANAK SULUNGNYA

AKHIRNYA NURUL WAHAB MENDEDAHKAN NAMA ANAK SULUNGNYA


Sejak melahirkan bayi pertamanya bersama suami, Eric Depp pada 3 Oktober lalu, penyanyi Nurul Wahab atau kini dikenali sebagai Nurul Depp belum pernah sekali mendedahkan nama puteranya itu. 

Sebelum ini Nurul Wahab Depp hanya mendedahkan nama bayi sulung bersama suami, Eric Depp sebagai Z dan selebriti ini mengakui mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau merahsiakan nama penuh anaknya itu dari khalayak ramai.

Namun kini semuanya terjawab apabila dalam laman sosial Instagram miliknya malam kelmarin, Nurul bukan sahaja mendedahkan wajah bayinya itu malah turut memperkenalkan nama sebenar putera sulungnya.
“Saya terasa hati dengan sesetengah pihak yang selalu hendak tahu semua perkara termasuk soal peribadi yang adakalanya terlalu personal bagi saya.
“Tapi apabila sudah berkongsi, lain pula jadinya, tetap ada perkara yang orang tak puas hati. Jadi, lebih baik saya rahsiakan dulu sampai waktu yang betul-betul sesuai seperti sekarang,” ujarnya kepada Kosmo! kelmarin.
Menerusi tulisan beliau di blognya, Nurul Wahab mendedahkan yang nama Zachary Depp dipilih dari senarai nama yang dibuat selepas tahu yang bayi yang bakal lahir adalah lelaki dan suaminya cenderung untuk memilih nama Mikhail.
Penyanyi ini turut mendedahkan yang beliau suka akan nama Zachary bermula sejak zaman di sekolah lagi apabila terjatuh hati akan seorang senior kacak dengan nama yang sama.
Menurut Nurul Wahab lagi, Zachary Depp yang bakal berusia 3 bulan esok sebagai seorang yang tidak banyak ragam dan akan tersenyum kepada beliau dan suami setiap kali bangun pagi.
Dibawah beberapa gambar Zachary Depp yang dikongsikan oleh Nurul Wahab. 


                                              


0 comments:

Post a Comment