LELAKI DITETAK SECARA KEJAM!!!
Dua lelaki parah dipukul rakan senegara
BANDARAYA MELAKA - Seorang pemuda warga Myanmar ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan dua lelaki warganegara sama cedera termasuk seorang daripadanya parah semalam.
Suspek yang berusia 26 tahun ditahan sejurus selepas kejadian pada jam 1 petang di kawasan tempat meletak teksi di Terminal Melaka Sentral di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.10 petang daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan menggunakan parang di lokasi berkenaan.
"Dalam kejadian itu, mangsa masing-masing yang berusia 22 dan 20 tahun cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk mendapatkan rawatan.
"Semasa kejadian, terdapat seorang lagi lelaki warganegara sama berusia 33 tahun terlibat namun sempat melarikan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut Afzanizar, pihaknya turut merampaskan sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam pergaduhan tersebut.
Setakat ini punca pergaduhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah.
0 comments:
Post a Comment