Sunday, 29 December 2013

SOROTAN SUKA DUKA ARTIS MALAYSIA 2013

CERITA HANGAT ARTIS MALAYSIA SEPANJANG 2013

Erm esok hari terakhir untuk sesi 2013, berbagai-bagai kisah suka dan duka dalam industri hiburan Malaysia sepanjang 2013. Cuma satu hari saja lagi 2013 akan melabuhkan kanvas yang penuh kisah suka duka sehingga ada berita artis mengejutkan industri hiburan dan masyarakat. Isu sensasi mahupun kontroversi bukan ciptaan atau dipinta mereka.

Hari ini saya akan menyenaraikan beberapa isu hangat industri hiburan 2013.

Video kontroversi Sharifah Sakinah


Ini dia seorang pelakon yang bernama Sharifah Sakinah yang telah mengupload video negatifnye kedalam laman sosial KEEK dan mendapat sambutan negatif yang tinggi dalam masyarakat.

Dia seperti terpaksa berdepan hukuman gara-gara tindakannya yang kurang bijak dianggap keterlaluan dari semua pihak.

Sakinah merakam gambar disifatkan kurang sopan, sekali gus cuba meraih publisiti murahan.

Video berkenaan dikatakan dimuat naik di laman KEEK milik pelakon Anzalna Nasir.

Video teerbabit memaparkan aksi dalam keadaan ghairah dan seksi meniru gaya percakapan Datuk Siti Nurhaliza.

KL Gangster2 menjadi mangsa rompakan digital


Filem aksi hebat arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang disebut-sebut sebagai filem hebat oleh anak-anak muda untuk tahun ini mengalami nasib malang apabila menjai mangsa rompakan digital apabila ia dimuat naik secara haram ke dalam internet lebih sebulan sebelum filem tersebut dilancarkan.

Rompakan siber seumpama ini adalah kali pertama berlaku dalam industri perfilem negara dan ia juga berlaku pada filem yang mampu mendapat sambutan yang sangat tinggi tetapi apakan daya.

Kemudian , filem itu pula dicetak dan dijual dalam bentuk VCD haram.

Penerbitnya kekal dengan keputusan menayangkan filem KL Gangster 2 di pawagam pada tarikh asal 3 Oktober walaupun karya telah disabotaj. 

Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah berpisah
Pada 10 Januari 2013, pelakon Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dia mengongkong penyanyi Shila Amzah kerana melihat hubungan mereka itu sebagai sesuatu yang serius selain mahu meletakkan wanita tersebut sebagai bakal isterinya.

Bagaimanapun kenyataan Sharnaaz telah memakan diri apabila bapa Shila iaitu ND Lala menyifatkan kata-kata Sharnaaz itu seolah-olah ingin melangkau batas adat resam orang Melayu.Sharnaaz dan ND Lala saling berbalas kenyataan sehinggakan Shila telah melarikan diri ke rumah rakannya di Terengganu. Shila turut memuat naik video di YouTube meluahkan rasa sedih dan memohon maaf kepada keluarganya kerana melarikan diri.

Dan kemudian menyanyikan lagu berjudul Ombak Rindu, sambil menangis teresak-esak, menggambarkan kesedihannya.

Beberapa hari selepas itu, Sharnaaz memberitahu dia telah membatalkan hasratnya untuk merisik Shila selepas merasakan keluarganya turut menanggung malu berhubung kontroversi ini.
Akhirnya pada 14 Februari 2013 hubungan percintaan yang cuba dipertahankan oleh Shila dan Sharnaaz sudah tamat.

Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang


Pada 10 Februari, Fizz Fairuz yang hangat bercinta dengan Almy Nadia mengejutkan ramai pihak apabila dia telah bertunang dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang secara rahsia.

Bagaimanapun seminggu selepas itu, Fizz dimaklumkan wanita berkenaan merupakan isteri orang. Fizz telah membuat laporan polis untuk melindungi dirinya kerana bimbang jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Fizz turut menyatakan sepanjang dia berkawan dan berhubung dengan wanita berkenaan dia tidak mengetahui individu itu tersebut adalah isteri orang.

Ramai terkejut dengan berita putus tunang Fizz dengan isteri orang kerana umum hanya mengetahui hubungan cintanya dengan aktres cantik, Almy Nadia yang sudah terjalin lebih tujuh tahun lalu.Kini Fizz dan Almy dikatakan sudah berbaik semula dan merancang bernikah pada 2014.

Skandal Adi Putra


Skandal membabitkan pelakon KL Ganster, Adi Putra dengan peminatnya yang berstatus isteri kepada seorang ahli perniagaan dari Johor, selain dakwaan berbalas mesej biarpun baru seminggu berkenalan menjadi berita hangat tahun ini.

Pada 12 Disember 2013, Adi mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.

Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Seminggu selepas itu, Amiruddin mendakwa telah menceraikan isterinya secara lisan dengan talak satu iaitu pada 19 Disember di kediamannya Kulai, Johor. Namun tetap akan meneruskan kes mendakwa Adi kerana berasa diri teraniaya.

Aidil-Rita bercerai
Selepas puas turun naik mahkamah, akhirnya pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak menceraikan isterinya yang juga pelakon popular, Rita rudaini Mokhtar dengan talak satu menerusi SMS yang dikirikan petang 4 Ogos lalu iaitu beberapa harisebelum umat islam menyambut aidilfitri.

Tidak lama kemudian, mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Kedua-duanya akan hadiri perbicaraan tuntutan nafkah daripada Rita dan dua anak Arit Rayyan Rizqin,4, dan Airit Qaqa,2.

Cinta Johan dan Lana tidak kesampaian



Sebelum ini Johan dikaitkan dengan Nabila Huda, akhirnya putus jua.

Tidak lama kemudian dia merapati Shila Amzah dah akhirnya Lana Nordin. Tapi sayang, ia tidak kekal lama.

Pada 29 November 2013 Johan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.

Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 213 dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.

Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarganya.

Kes saman Rebecca terhadap Erma


Pelakon, Rebeca Nur Al-Islam Ahmad menang kes saman terhadap Ruah Karya Citra (M) Sdn Bhd milik produser dan pengarah, Erma Fatima, berikutan kegagalan syarikat produksi itu melunaskan baki 40 peratus bayaran lakonannya bagi drama bersiri, Dejavu Di KInabalu, tahu lalu. 

Mahamah memutuskan Rabeca berhak menuntut dripada syarikat produksi itu seperti termaktub dalam kontrak sebanyak RM11,200. 

Paling lucu dalam isu ini adalah kontroversi berlaku lagi selepas Erma membayar jumlah ganti rugi itu menerusi duit syiling 5SEN dan senaskah AL-QURAN.

Ashraf Muslim kahwin dua

 

Pelakon  yang terkenal sebagai pengamal perubatan islam, Ashraf Muslim melansungkan perkahwinan dengan isteri keduanya di Thailand.
Perkahwinan buat kali kedua pelakon Ashraf Muslim dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 benar-benar mengejutkan industri seni lebih-lebih lagi perkahwinan pertamanya dengan Noor Dayana Lokman baharu mencecah usia tiga tahun.
Pada mulanya Ashraf menafikan mengenai perkahwinan keduanya itu sehinggalah dia membuat permohonan berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada 17 Julai 2013.

Ashraf bagaimana pun menafikan dia berkahwin lari kerana pernikahan direstui dan disaksikan kedua-dua belah ahli keluarga.

Farid Kamil bersikap kurang adap terhadap mentuanya


Tindakan pelakon dan pengarah, Farid Kamil yang mengges ibu mentuanya, Norsiah Ramli, bersemuka dengannya terlebih dahulu jika mahu berjumpa dengan isterinya, Diana Danielle dan cucu, kurang disenangi ramai termasuk peminat.

Peminat berpendapat Farid tidak wajar menggunakan kuasa sebagai suami bagi mengekang kasih sayang antara ibu dengan anak.

Farid mendakwa, dia banyak mendengar cerita negatif daripada mulut ibu mentuanya itu mengenai perkahwinan mereka yang kononnya tidak direstu.

Selepas beberapa minggu, Farid mengakui beliau tidak wajar bersikap begitu dan sedia mengajak ibu mentuanya itu untuk hadir majlis cukur jambul anak mereka.

Uji Rashid membuka tirai kontroversi 2013



Awal tahun dimulakan dengan kontroversi pemilihan penyanyi untuk lagu Terukir Di Bintang ketika Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) apabila penyanyi asal, Yuna tidak dapat pulang ke tanah air kerana menyiapkan rakaman album di Amerika Syarikat.
                             
Pada mulanya, Uji Rashid telah dipilih sendiri oleh Yuna untuk menyanyikan lagu tersebut. Namun pada saat-saat akhir, Uji Rashid terpaksa digantikan dengan Aizat oleh pihak TV3.

Uji Rashid tidak diberitahu lebih awal tentang penggantian tersebut dan terus menjalani latihan tanpa mengetahui yang khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.

Apabila mendapat tahu penyanyi lagu tersebut digantikan oleh Aizat, Uji meluahkan rasa kecewa dengan pihak produksi AJL27.

Friday, 27 December 2013

NEELOFA DITANGKAP KHALWAT ?

PENGURUS MENAFIKAN DAKWAAN NEELOFA DITANGKAP KHALWAT

Semakin laku

Neelofa  seorang pelakon dari filem lemak kampung pisang telah di tuduh ditangkap khalwat malam kelmarin tetapi dinafikan oleh pengurusnya.

Pengurus Neelofa Mohd Amer Shafiq Khalip menafikan sekeras-kerasnya tentang khabar angin yang mengatakan Neelofa telah ditangkap khalwat malam kelmarin.

Amer berkata, pada malam Neelofa dikatakan ditankap khalwat, dia menemani  Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran.

"saya amat terkejut apabila Neelofa dikatakan telah ditangkap khalwat, sedangkan dia ada bersama sehingga pukul 2.30 pagi memandangkan kami perlu melayan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

"selepas itu, dia terpaksa pulang ke rumah segera untuk mengemas barang dan bersiap-siap kerana perlu ke lapangan terbang pada pukul 5.30 pagi dan berangkat ke London empat jam kemudian,"ujarnya ketika dihubungi Kosma!

Semalam terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan Lofa telah ditangkap khalwat dengan seorang lelaki yang dipercayai suami seorang selebriti.

tetapi kesahihan dakwaan dan khabar angin tersebut belum dapat dipastikan kerana pihak media tidak dapat untuk menghubungi Lofa kerana dia sedang melancong di London beberapa hari.

STACY TERBUKA HATI INGIN MEMELUK ISLAM

STACY TERBUKA HATI INGIN MEMELUK ISLAM


Penyanyi sensasi Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa paksaan.

 Stracie Angie Anam, 23, lebih dikenali sebagai Stacy, berkata, perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.

Stacy berkata, hasrat memeluk Islam tidak langsung didorong oleh penyanyi Akim Ahmad yang dikaitkan sebagai kekasihnya ketika ini ataupun semata-mata mahu berkahwin dengan pemuda itu.



Beliau juga tidak menafikan Akim yang diangap sebagai kekasihnya oleh orang ramai banyak mengajar dan memberi kefahaman tentang Islam setiap kali mereka berjumpa.

"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu. Pasti hangat apabila Stacy ingin memeluk islam.
                                                                                                                                  Credit: mStar Online
Tetapi sejauh mana hasratnya kita belum pasti semoga Stacy memilih pilihan yang tepat dan semoga yang esa membuka pintu hatinya.
                                                                                                                                         

Thursday, 26 December 2013

JUSTIN BIEBER BERSARA!!!

JUSTIN BIEBER BERSARA KERANA KECEWA DENGAN MEDIA


PENYANYI terkenal, Justin Bieber telah mengumumkan persaraannya sebagai penyanyi menerusi laman Twitter miliknya sehari sebelum sambutan Hari Krismas. Dia juga memberitahu peminat "IM HERE FOREVER"

Menurut laporan Daily Mail, Justin, 19, berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak mampu menghadapi media di Amerika Syarikat yang sentiasa mencari kesalahannya selain mereka (media) ingin melihat kerjayanya jatuh.
"Kepada semua Biliebers (panggilan Justin kepada peminatnya), saya secara rasmi bersara," katanya menerusi satu entri di Twitter.
Bagaimanapun kata Justin dia tidak akan sesekali meninggalkan para peminat setianya.
"Media sentiasa ingin menjatuhkan kerjaya saya dan menulis perkara buruk tentang saya namun saya tidak akan tinggalkan anda semua," katanya lagi.
Sebelum ini Justin telah melahirkan hasratnya untuk bersara selepas pelancaran album terbaharunya berjudul Journey pada minggu hadapan.
Namun para peminatnya hanya menganggap Justin cuma berjenaka mengenai perkara itu.
Untuk rekod, Single pertama Justin berjudul One Time pernah menduduki carta teratas di 30 buah negara selain album pertamanya mendapat pengiktirafan platinum di Amerika Syarikat.
Justin bieber seorang yang sangat popular dan berjaya dalam kariernye adakah keputusan yang dibuat oleh Justin muktamad?

Wednesday, 25 December 2013

10 ARTIS TERCANTIK DI MALAYSIA

1. Elfira Loy, 19 Tahun



Semenjak dari  kecil Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nur Elfira Loy Ahmad Sabri suka bersolek. Antara amalannya untuk menjaga kecantikan, dia mesti mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan hariannya.

“Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungei Wang, Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja. Saya bukan jenis orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan saja."

Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga turun-temurun daripada datuknya iaitu menggunakan hampas kelapa untuk mencuci dan membuang daki pada badan.


2. Izara Aishah, 21 Tahun


Bagi Izara Aishah Hisham pula dia hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur.

“Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tak boleh makan kacang kerana  jerawat cepoat naik dan saya juga tidak menjaga makan. Saya makan apa saja yang dihidangkan.”

Gadis Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan Naziha itu adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010.


3. Anzalna Nasir, 25 Tahun



Berperwatakan lembut, pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini juga memiliki wajah menawan. Apatah lagi, jika dia tampil menggayakan gaun labuh dan pendek .

Anzalna yang bakatnya dicungkil menerusi program pencarian Dewi Remaja 2010/2011 itu, turut dikenali ramai menerusi lakonan berkesannya dalam drama Adam dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.


4. Nur Fathia, 25 Tahun


Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abdul Latiff pula dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali sebagai ‘Kekcolly’ yang juga produk kesihatan dari Korea Selatan.

Fathia juga pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap suatu ketika dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian.

“Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan. Namun, saya tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan daripada bahan semula jadi yang selamat."

“Selain itu, saya amalkan penggunaan produk pelindung sinaran matahari setiap kali keluar rumah dan ketika berada di lokasi penggambaran serta membasuh muka setiap hari.”

5. Neelofa, 24 Tahun


Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga amat jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja pada tahun 2010/2011.

Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai , kini lebih aktif dalam mengacara program TV seperti Nona dan Meletop.


6. Kilafairy, 19 Tahun



Memiliki bibir paling seksi dan menawan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy juga tidak mengenakan solekan di wajahnya. Bahkan, gadis manis yang berusia 19 tahun ini bijak dalam penampilan .

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga merupakan anak bongsu kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil dan berjaya membina namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.


7. Emma Maembong, 21 Tahun 

Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan sapaan Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang kelihatan jelita walaupun tanpa mekap.

Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat sering tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.

Bukan sekadar pelakon, Emma juga turut aktif sebagai model iklan ini pernah membintangi drama seperti Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular .


8. Tasha Shilla, 26 Tahun


Kehebatan Tasha Shila atau nama sebenarnya, Natashasheila Abd Razak dalam lakonan sudahpun dibuktikan .

Tasha juga pernah membintangi filem Ratu The Movie, drama seperti Epilog Cinta Khirana dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha sudah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012.


9. Nelydia Senrose, 19 Tahun



Walaupun Nelydia baru berusia 19 tahun, kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose tak boleh dinafikan. Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan cinta dengan lelaki matang, Qi Razali, 35.

Masih  melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran Melayu dan Siam cukup dikenali peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.


10. Wawa Zainal, 22 Tahun


Berstatus isteri dan ibu juga tidak menghalang pelakon Wawa Zainal untuk memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum banyak air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh jerawat.

“Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya juga pakai ‘mask’ (topeng muka) setiap dua minggu sekali.”

Menurut anak jati Sabah yang juga pernah muncul dalam filem 99 Kali Rindu dan Budak Pailang , wawa juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam sehari. Wawa juga mengakui dia turut menitikberat­kan penjagaan makanan yang  berkhasiat.