STACY TERBUKA HATI INGIN MEMELUK ISLAM
Stracie Angie Anam, 23, lebih dikenali sebagai Stacy, berkata, perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.
Stacy berkata, hasrat memeluk Islam tidak langsung didorong oleh penyanyi Akim Ahmad yang dikaitkan sebagai kekasihnya ketika ini ataupun semata-mata mahu berkahwin dengan pemuda itu.
Beliau juga tidak menafikan Akim yang diangap sebagai kekasihnya oleh orang ramai banyak mengajar dan memberi kefahaman tentang Islam setiap kali mereka berjumpa.
"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu. Pasti hangat apabila Stacy ingin memeluk islam.
Credit: mStar Online
Tetapi sejauh mana hasratnya kita belum pasti semoga Stacy memilih pilihan yang tepat dan semoga yang esa membuka pintu hatinya.
0 comments:
Post a Comment