CERITA HANGAT ARTIS MALAYSIA SEPANJANG 2013
Erm esok hari terakhir untuk sesi 2013, berbagai-bagai kisah suka dan duka dalam industri hiburan Malaysia sepanjang 2013. Cuma satu hari saja lagi 2013 akan melabuhkan kanvas yang penuh kisah suka duka sehingga ada berita artis mengejutkan industri hiburan dan masyarakat. Isu sensasi mahupun kontroversi bukan ciptaan atau dipinta mereka.
Hari ini saya akan menyenaraikan beberapa isu hangat industri hiburan 2013.
Video kontroversi Sharifah Sakinah
Ini dia seorang pelakon yang bernama Sharifah Sakinah yang telah mengupload video negatifnye kedalam laman sosial KEEK dan mendapat sambutan negatif yang tinggi dalam masyarakat.
Dia seperti terpaksa berdepan hukuman gara-gara tindakannya yang kurang bijak dianggap keterlaluan dari semua pihak.
Sakinah merakam gambar disifatkan kurang sopan, sekali gus cuba meraih publisiti murahan.
Video berkenaan dikatakan dimuat naik di laman KEEK milik pelakon Anzalna Nasir.
Video teerbabit memaparkan aksi dalam keadaan ghairah dan seksi meniru gaya percakapan Datuk Siti Nurhaliza.
KL Gangster2 menjadi mangsa rompakan digital
Filem aksi hebat arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang disebut-sebut sebagai filem hebat oleh anak-anak muda untuk tahun ini mengalami nasib malang apabila menjai mangsa rompakan digital apabila ia dimuat naik secara haram ke dalam internet lebih sebulan sebelum filem tersebut dilancarkan.
Rompakan siber seumpama ini adalah kali pertama berlaku dalam industri perfilem negara dan ia juga berlaku pada filem yang mampu mendapat sambutan yang sangat tinggi tetapi apakan daya.
Kemudian , filem itu pula dicetak dan dijual dalam bentuk VCD haram.
Penerbitnya kekal dengan keputusan menayangkan filem KL Gangster 2 di pawagam pada tarikh asal 3 Oktober walaupun karya telah disabotaj.
Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah berpisah
Pada 10 Januari 2013, pelakon Sharnaaz Ahmad secara terbuka
mengakui dia mengongkong penyanyi Shila Amzah kerana melihat hubungan mereka
itu sebagai sesuatu yang serius selain mahu meletakkan wanita tersebut sebagai
bakal isterinya.
Bagaimanapun kenyataan Sharnaaz telah memakan diri apabila
bapa Shila iaitu ND Lala menyifatkan kata-kata Sharnaaz itu seolah-olah ingin
melangkau batas adat resam orang Melayu.Sharnaaz dan ND Lala saling berbalas
kenyataan sehinggakan Shila telah melarikan diri ke rumah rakannya di
Terengganu. Shila turut memuat naik video di YouTube meluahkan rasa sedih dan
memohon maaf kepada keluarganya kerana melarikan diri.
Dan kemudian menyanyikan lagu berjudul Ombak Rindu, sambil
menangis teresak-esak, menggambarkan kesedihannya.
Beberapa hari selepas itu, Sharnaaz memberitahu dia telah
membatalkan hasratnya untuk merisik Shila selepas merasakan keluarganya turut
menanggung malu berhubung kontroversi ini.
Akhirnya pada 14 Februari 2013 hubungan percintaan yang cuba
dipertahankan oleh Shila dan Sharnaaz sudah tamat.
Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang
Pada 10 Februari, Fizz Fairuz yang hangat bercinta dengan
Almy Nadia mengejutkan ramai pihak apabila dia telah bertunang dengan seorang
wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang secara rahsia.
Bagaimanapun seminggu selepas itu, Fizz dimaklumkan wanita
berkenaan merupakan isteri orang. Fizz telah membuat laporan polis untuk
melindungi dirinya kerana bimbang jika ada perkara-perkara yang tidak diingini
berlaku.
Fizz turut menyatakan sepanjang dia berkawan dan berhubung
dengan wanita berkenaan dia tidak mengetahui individu itu tersebut adalah isteri
orang.
Ramai terkejut dengan berita putus tunang Fizz dengan isteri
orang kerana umum hanya mengetahui hubungan cintanya dengan aktres cantik, Almy
Nadia yang sudah terjalin lebih tujuh tahun lalu.Kini Fizz dan Almy dikatakan
sudah berbaik semula dan merancang bernikah pada 2014.
Skandal Adi Putra
Skandal membabitkan pelakon KL Ganster, Adi Putra dengan peminatnya yang berstatus isteri kepada seorang ahli perniagaan dari Johor, selain dakwaan berbalas mesej biarpun baru seminggu berkenalan menjadi berita hangat tahun ini.
Pada 12 Disember 2013, Adi mendakwa dia tidak bersalah
selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah
Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif
Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain
mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di
bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat
kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Seminggu selepas itu, Amiruddin mendakwa telah menceraikan
isterinya secara lisan dengan talak satu iaitu pada 19 Disember di kediamannya
Kulai, Johor. Namun tetap akan meneruskan kes mendakwa Adi kerana berasa diri
teraniaya.
Aidil-Rita bercerai
Selepas puas turun naik mahkamah, akhirnya pemain bola sepak
kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak menceraikan isterinya yang juga
pelakon popular, Rita rudaini Mokhtar dengan talak satu menerusi SMS yang
dikirikan petang 4 Ogos lalu iaitu beberapa harisebelum umat islam menyambut
aidilfitri.
Tidak lama kemudian, mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah
Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Kedua-duanya akan hadiri perbicaraan
tuntutan nafkah daripada Rita dan dua anak Arit Rayyan Rizqin,4, dan Airit
Qaqa,2.
Cinta Johan dan Lana tidak kesampaian
Sebelum ini Johan dikaitkan dengan Nabila Huda, akhirnya putus jua.
Tidak lama kemudian dia merapati Shila Amzah dah akhirnya Lana Nordin. Tapi sayang, ia tidak kekal lama.
Pada 29 November 2013 Johan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.
Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 213 dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarganya.
Kes saman Rebecca terhadap Erma
Pelakon, Rebeca Nur Al-Islam Ahmad menang kes saman terhadap Ruah Karya Citra (M) Sdn Bhd milik produser dan pengarah, Erma Fatima, berikutan kegagalan syarikat produksi itu melunaskan baki 40 peratus bayaran lakonannya bagi drama bersiri, Dejavu Di KInabalu, tahu lalu.
Mahamah memutuskan Rabeca berhak menuntut dripada syarikat produksi itu seperti termaktub dalam kontrak sebanyak RM11,200.
Paling lucu dalam isu ini adalah kontroversi berlaku lagi selepas Erma membayar jumlah ganti rugi itu menerusi duit syiling 5SEN dan senaskah AL-QURAN.
Ashraf Muslim kahwin dua
Pelakon yang terkenal sebagai pengamal perubatan islam, Ashraf Muslim melansungkan perkahwinan dengan isteri keduanya di Thailand.
Perkahwinan buat kali kedua pelakon Ashraf Muslim dengan
bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7
Julai 2013 benar-benar mengejutkan industri seni lebih-lebih lagi perkahwinan
pertamanya dengan Noor Dayana Lokman baharu mencecah usia tiga tahun.
Pada mulanya Ashraf menafikan mengenai perkahwinan keduanya
itu sehinggalah dia membuat permohonan berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah,
Kuala Lumpur pada 17 Julai 2013.
Ashraf bagaimana pun menafikan dia berkahwin lari kerana pernikahan direstui dan disaksikan kedua-dua belah ahli keluarga.
Farid Kamil bersikap kurang adap terhadap mentuanya
Tindakan pelakon dan pengarah, Farid Kamil yang mengges ibu mentuanya, Norsiah Ramli, bersemuka dengannya terlebih dahulu jika mahu berjumpa dengan isterinya, Diana Danielle dan cucu, kurang disenangi ramai termasuk peminat.
Peminat berpendapat Farid tidak wajar menggunakan kuasa sebagai suami bagi mengekang kasih sayang antara ibu dengan anak.
Farid mendakwa, dia banyak mendengar cerita negatif daripada mulut ibu mentuanya itu mengenai perkahwinan mereka yang kononnya tidak direstu.
Selepas beberapa minggu, Farid mengakui beliau tidak wajar bersikap begitu dan sedia mengajak ibu mentuanya itu untuk hadir majlis cukur jambul anak mereka.
Uji Rashid membuka tirai kontroversi 2013
Awal tahun dimulakan dengan kontroversi pemilihan penyanyi untuk lagu Terukir Di Bintang ketika Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) apabila penyanyi asal, Yuna tidak dapat pulang ke tanah air kerana menyiapkan rakaman album di Amerika Syarikat.
Pada mulanya, Uji Rashid telah dipilih sendiri oleh Yuna untuk menyanyikan lagu tersebut. Namun pada saat-saat akhir, Uji Rashid terpaksa digantikan dengan Aizat oleh pihak TV3.
Uji Rashid tidak diberitahu lebih awal tentang penggantian tersebut dan terus menjalani latihan tanpa mengetahui yang khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.
Apabila mendapat tahu penyanyi lagu tersebut digantikan oleh Aizat, Uji meluahkan rasa kecewa dengan pihak produksi AJL27.
0 comments:
Post a Comment